Pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang 2 November 2018 telah memperkenalkan pas bulanan tanpa had bernilai RM100 untuk pengguna pengangkutan awam.
Dengan peruntukkan sebanyak RM240 juta oleh kerajaan kepada perkhidmatan di bawah syarikat RapidKL ini, pas bulanan tersebut akan mula berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019. Tujuan perkhidmatan ini diperkenalkan adalah untuk meningkatkan lagi penggunaan perkhidmatan awam selain daripada bertujuan untuk meringankan beban kos hidup rakyat.
Bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan memperuntukkan RM240 juta untuk memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan yang meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019. #Belanjawan2019
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) November 2, 2018
Hal ini demikian kerana, pengguna pengangkutan awam sering mengalami masalah berkaitan dengan tambang perjalanan yang agak mahal sehinggakan menjadi beban ekonomi bagi mereka. Pengumuman ini pastinya memberikan kelegaan kepada pengguna perkhidmatan awam di Malaysia.