7 Kebaikan Tauge Yang Jarang Orang Tahu, Rugi Jika Tidak Suka

Sumber: Hungry Go Where

Sering kita lihat sayur tauge digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan seperti kuetiau goreng, mihun goreng dan mi goreng. Tetapi hakikatnya, ramai tidak sukakan sayur tauge ini dicampur dalam masakan. Boleh dikira sebagai tauge ini tidak layak ada dalam apa-apa menu masakan.

Sebenarnya, tauge enak dimakan jika dimasak dengan cara yang betul. Rasa rangup dan tidak berair tauge itu yang membuatkannya jadi lebih sedap. Banyak manfaat jika kita tolak tabiat mengasingkan tauge dan mula menerimanya sebagai makanan yang baik untuk kesihatan.

Ini 7 kebaikan sayur tauge yang jarang orang tahu.

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Sumber: Cooksillustrated

Tauge bermanfaat untuk mengurangkan kolesterol dalam badan. Ia mengandungi saponin yang dipercayai membantu melawan ‘lemak jahat’ tanpa menganggu kandungan lemak baik. Jadi, untuk mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung digalakkan mengambil lebih banyak menu berasaskan tauge.

2. Mencegah penyakit kanser

Sumber: Gardenista

Tauge daripada sejenis kacang hijau, alfafa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya, kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

3. Lancarkan sistem pencernaan

Sumber: Maangchi

Tauge baik dalam mengekalkan asid dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. Serat semula jadi dalam tauge dapat meningkatkan kontraksi dalam usus yang membolehkan lancar dalam proses membuang air besar.

4. Mengandungi banyak vitamin

Sumber: Nyonya Cooking

Satu mangkuk tauge mengandungi vitamin A, K, B1, E dan C yang sangat baik untuk tubuh badan terutama wanita. Ia boleh meningkatkan kesuburan, mencegah gangguan haid dan menopaus.

5. Menguatkan rambut

Sumber: Youtube

Vitamin A dalam tauge boleh merangsang folikel rambut dan kulit kepala. Kesannya, rambut akan menjadi lebih kuat dan sihat.

6. Mengatasi jerawat

Sumber: Icps

Tidak perlu rawatan mahal untuk menghilangkan jerawat di muka. Tauge boleh menyelesaikan masalah anda kerana mengandungi omega 3 yang membantu mengurangkan keradangan serta mengurangkan masalah jerawat atau masalah kulit yang lain.

7. Menghidrat kulit

Sumber: Glam Lelaki

Kandungan air dalam tauge membantu melembabkan kulit anda. Jika sering memakan tauge, anda terhindar daripada pelbagai masalah kulit seperti kusam, penuaan dan sebagainya.

Jadinya, berusahalah telan tauge daripada gigih asingkannya dalam makanan. Tak nak rasa tauge tu, cuba telan sambil mata tutup fikirkan khasiatnya.

Sumber: IDN Times

 

Nak tahu apa makanan yang menjadi pujaan rakyat Malaysia? Tonton

9 antara makanan kegilaan rakyat Malaysia mengikut negeri

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2197120163864505/