AliBaba Guna Bantuan Robot Jalankan Operasi Hotel Futuristik FlyZoo

Hotel AliBaba

Tiada penjaga, kad bilik malah perkhidmatan telefon di bilik. Yang ada cuma kelibat robot-robot yang bertugas di kaunter, mesin pengimbas muka untuk mendapatkan akses ke bilik dan Tmall Genie bagi memenuhi permintaan para pelanggan.

Inovasi dari syarikat e-dagang yang mempunyai rangkaian besar di China, hotel futuristik AliBaba yang diberi nama FlyZoo sudah mula dibuka dengan harga tempahan bermula RMB1399 (US$201) kira-kira RM800 untuk penginapan semalam.

Hotel AliBaba
Sumber: China.org

Terletak di kawasan HangZhou, harga sewaan FlyZoo lebih tinggi dari hotel 5 bintang yang berdekatan seperti JW Marriott dan Sofitel dengan harga permulaan masing-masing ialah RMB947 (US$137) dan RMB998 (US$145).

FlyZoo merupakan salah satu percubaan daripada AliBaba untuk menyelesaikan kos buruh yang tinggi dan keseragaman dalam industri hotel. Selain daripada mengintegrasikan perkhidmatannya sebagai satu ekosistem yang membayangkan semula industri hotel di China.

Hanya perlu berkomunikasi dengan robot pintar, Tmall Genie akan membantu dalam memenuhi permintaan para pelanggan FlyZoo sepanjang penginapan mereka di sana.

Tetamu hotel dapat mengakses bilik hotel, gym dan restoran dengan mudah; imbas muka yang mana data mereka akan disimpan secara automatik di AliCloud. Bukan itu sahaja, para pelanggan juga boleh membeli perabot hotel yang mereka sukai dengan mudah hanya dengan menggunakan aplikasi Almaba Tmall.

Mempunyai impian untuk menjadikan hotel di China lebih pintar dan automatik sehingga mampu menggantikan kerja-kerja berulang oleh pekerja hotel, AliBaba sentiasa berusaha untuk memasuki rangkaian perniagaan yang baru.

Sumber: KrASIA

Mengidam nak makan sotong besar? Boleh tonton paparan video seperti di bawah:

Nasi Dulang Daun Pisang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.