Jika aplikasi seperti FoodPanda, GrabFood, dahmakan dan sebagainya membolehkan anda menikmati perkhidmatan penghantaran makanan sehingga ke depan pintu, aplikasi [email protected] ini memang sangat lain fungsinya daripada aplikasi-aplikasi yang disebutkan tadi.
Makan@RM5 mobile application just launched by YB Hajjah Zuraida binti Kamaruddin, Minister of Housing and Local Government at the Cities 4.0 Event, Unlocking Functional & Sustainable Cities.Android version is downloadable at Google Play now. Coming soon to AppStore for iOS.#makanrm5 #affordablemeals #affordableeats #getrewarded
Posted by Makan RM5 on Sunday, September 22, 2019
Sesuai untuk pengguna yang mahu merancang bajet untuk makan, aplikasi [email protected] ini membolehkan anda melihat lokasi tempat makan menarik di kawasan berhampiran dengan penawaran menu berharga RM5 dan ke bawah.
Buat masa sekarang, aplikasi ini hanya menyenaraikan lokasi sekitar Lembah Klang sahaja. Namun begitu, pengguna boleh membantu untuk menambah menu dan lokasi pada aplikasi berkenaan.

Menarik bukan? Bukan sekadar mendapat manfaat daripada aplikasi ini, pengguna turut boleh membantu pengguna lain yang menggunakannya.
Yang membuatkan aplikasi ini lebih menarik, pengguna yang membantu dalam menyenaraikan lokasi dan menu tersebut akan dibayar, dengan erti kata lain menjana pendapatan tambahan!
Untuk muat turun aplikasi ini, anda bolehlah klik DI SINI atau pun lakukan carian di Google Play Store dengan menaip kata kunci [email protected].
Sumber: Amanz