Pada masa kini, sarapan roti bakar semakin menjadi pilihan orang ramai selain nasi lemak dan roti canai. Tekstur yang agak garing dan rangup disapu pula bersama jem atau kaya, memang tidak cukuplah jika makan satu keping sahaja kan?
Tetapi, tahukah anda jika makan roti bakar yang dibakar sehingga hitam dan rentung akan mendedahkan diri kepada penyakit kanser?

Begitu juga dengan kentang jika dimasak tanpa mengupas kulit. kedua-dua kaedah tersebut mengandungi acrylamide yang berisiko meningkatkan potensi kanser.
Tahukah anda masak kentang tanpa mengupas kulit atau membakar roti sehingga hitam dan rentung akan mendedahkan diri anda kepada Acrylamide.
Apa itu Acrylamide?
Bahan kimia yang digunakan dalam perindustrian tertentu, seperti membuat kertas, pewarna, dan plastik. pic.twitter.com/zPQoig6D5g— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) December 11, 2018
Bahayakah Acrylamide?
The International Agency for Research on Cancer (IARC) telah mengklasifikasikan Acrylamide sebagai "Bahan berpotensi menyebabkan kanser".Tip elak Acrylamide?
Kurangkan makanan bergoreng jgn masak pd suhu tinggi terlalu lama dll.Info lanjut di FB KKM
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) December 11, 2018
Berdasarkan kenyataan di laman Facebook Public Health Malaysia, kajian yang dilakukan pada tikus makmal menunjukkan acrylamide boleh menyebabkan kanser. Manakala kajian yang dilakukan dalam kalangan manusia masih tidak dapat membuktikan perkaitan kukuh di antara bahan kimia ini dengan mana-mana kanser yang khusus.
Walaubagaimanapun, pengkaji pecaya ia berpontensi untuk memberi impak negatif kepada kesihatan manusia.
Bagaimana untuk mengurangkan risiko acrylamide?
1. Kurangkan makanan bergoreng terutamanya kentang goreng.
2. Gantikan dengan kaedah memanggang atau merebus.
3. Masak kentang dengan mengupas kulit.
4. Jangan memasak dalam tempoh yang lama dengan suhu yang tinggi.
5. Rendam kentang selama 15-30 minit sebelum dimasak.
6. Simpan kentang di tempat terbuka yang gelap dan sejuk.
7. Jangan membakar roti sehingga hitam dan rentung.
8. Jangan merokok dan elakkan diri daripada terkena asap rokok.
Mulai sekarang, perlulah kurangkan makan makanan bergoreng dan bakar agar tubuh badan kita kekal sihat.