Kira-kira 30 saudara mangsa nahas Lion Air memfailkan saman ke atas Boeing mendakwa nahas Lion Air yang terjadi pada Oktober 2018 adalah disebabkan oleh kesilapan pesawat model baharu 737 MAX tersebut.
BACA: Simulasi Jatuhnya Pesawat Lion Air
Mendakwa bahawa pesawat tersebut sebagai ‘berbahaya secara tidak munasabah‘, tuntutan saman difailkan melalui sebuah firma perundangan Amerika Syarikat di bandar Barat Tengah AS (pengkalan Boeing).
Alasan saman tersebut difailkan dengan sebab sistem keselamatan telah dipasang secara tidak wajar selain daripada juruterbang tidak diarahkan secukupnya untuk memberikan tindak balas semasa bahaya.
BACA: Selepas Nahas Berdarah, Lion Air Cetus Kontrovesi Terlibat Kemalangan Lagi
Nahas Lion Air merupakan antara tragedi kemalangan udara yang terburuk sehingga menyebabkan kematian kesemua 189 orang anak kapal tanpa seorang pun yang terselamat.

Dakwaan saman tersebut dibuat berasaskan kepada laporan awal daripada agensi keselamatan pengangkutan yang mengatakan bahawa juruterbang bergelut dalam mengawal sistem anti-pegun pesawat sebelum menjunam ke Laut Jawa di pantai utara Indonesia.
Namun, dakwaan tersebut disangkal oleh pihak pengeluar kerana dengan penyataan bahawa sistem keselamatan pesawat 737 MAX adalah selamat dan Boeing sentiasa mengambil langkah untuk memahami punca berlakunya nahas terbabit.
Sumber: Berita Harian Online
Banyak betul lokasi yang Neelofa kunjungi sepanjang tahun 2018. Nak tahu mana beliau pergi? Boleh tekan play di paparan bawah.
Destinasi Dunia Dikunjungi Neelofa Sepanjang 2018
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.