Dah ada stok cili kering ini senang sikit kerja di dapur. Masa pun dapat dijimatkan. Tak perlu lagi kisar cili kering sewaktu nak guna ketika memasak. Keluarkan sahaja stok cili kering dan boleh terus guna.

Tapi kadang-kadang stok cili kering yang kita simpan lebih cepat berkulat dan berbau sedangkan baru seminggu disimpan. Frust rasanya bila jadi macam ini.
Kami ingin kongsikan cara terbaik yang boleh anda lakukan untuk memastikan stok cili dapat bertahan lama daripada berkulat dan berbau. Jom cuba cara ini.
Bahan-bahan:
Cili Kering
Bawang Putih
Cara-cara:

1. Gunting Dan Cuci
Langkah pertama, guntingkan cili kering dan buangkan bijinya. Kemudian, cuci cili kering bersih-bersih dan tapiskan. Kupaskan juga bawang putih 2-3 biji.
2. Rebus
Rebuskan cili kering bersama bawang putih. Rebus sehingga cili kering jadi lembut.
3. Toskan
Angkat dan toskan cili kering bersama bawang putih tadi. Seterusnya, ketepikan dan biar sehingga sejuk.
4. Kisar
Kisarkan cili kering dan bawang putih yang dah sejuk sehingga hancur.

5. Simpan
Masukkan cili kering yang siap dikisar ke dalam bekas bertutup. Simpan di dalam peti sejuk.
Selamat mencuba cara mudah yang kami kongsikan ini. Sharing is caring