Amat sensitif apabila makanan dibuat mainan, dan tidak semua orang boleh menganggap sesuatu perkara berkaitan makanan seperti dibaling, dicampak atau dipijak adalah satu gurauan.
Media sosial tidak pernah lekang dengan cabaran pelik sejak teknologi semakin canggih seperti Harlem Shake, My Feelings Challenge dan baru-baru ini Cheese Challenge menjadi kegilaan terbaharu melibatkan orang dewasa atau ibu bapa yang mana melemparkan hirisan keju pada wajah bayi.

Ia bermula selepas seorang pengguna Twitter berkongsi video di platform dengan kapsyen, ‘Just cheesed my lil brother‘. Klip video itu kemudiannya menjadi tular dan memperoleh lebih lapan juta tontonan.
Sejak itu, ramai pengguna media sosial mula merakamkan aksi mereka melemparkan hirisan keju pada wajah kanak-kanak dan berkongsi video berkenaan sebagai unsur jenaka. Namun, tidak semua melihat aksi berkenaan sebagai humor kerana ada bayi yang terkejut, keliru dan menangis selepas menjadi mangsa gurauan cabaran pelik itu.
Just found out about this #cheesechallenge, looked it up, and my first reaction was HOW WRONG IS THIS??? I actually feel this is bordering child abuse. It's so incredibly stupid that it doesn't make sense to do it, making it abusive. These are babies people, babies!!! #BeBetter
— E-Diggity (@ETRAIN57) March 4, 2019
Why are people throwing cheese at their babies? The internet confuses me sometimes! #cheesechallenge
— Lucy Hedges (@Lucy13785) March 3, 2019
Manakala pengguna Twitter yang memuat naik video berkenaan dan menjadi punca tular Cheese Challenge itu kemudiannya memadam video itu kerana tidak menyangka ia menjadi tular begitu pantas.
Dia turut mengaku bahawa rakaman itu bukan dibuat sendiri dan bayi tersebut bukan adiknya tetapi satu video dikongsi daripada akaun Facebook milik orang lain yang tidak didedahkan identitinya.
You asked for it, here it is! Attack of the cheese Episode 2. He wasn’t happy after this one…
Posted by Charles Amara on Tuesday, February 26, 2019
Selain bayi, haiwan peliharaan turut menjadi sasaran Cheese Challenge terbabit.
Harap tiada rakyat Malaysia yang mengikut trend sebegini. Kita rasa itu sebagai jenaka namun kanak-kanak yang menjadi mangsa tidak akan faham situasi tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Pergi Bali nak menginap hotel mana? Tonton
7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali
Artis kita kan sikit-sikit suka ke Bali. Mari tengok sikit hotel mana yang best.
Posted by MakanLena on Wednesday, January 30, 2019