Syarikat penerbangan Emirates Airline menimbulkan tanda tanya pada warga internet di atas satu hantaran di Twitter berkenaan dengan pesawat terbaru mereka. Penuh bertatahkan kristal, gambar tersebut dimuat naik dengan caption memberi kredit kepada seorang individu yang dikenali sebagai Sara.
Presenting the Emirates βBlingβ 777. Image created by Sara Shakeel πππ pic.twitter.com/zDYnUZtIOS
— Emirates Airline (@emirates) December 4, 2018
Ramai yang menyangkakan bahawa pesawat tersebut merupakan produk terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Dubai tersebut. Sedangkan pada sebenarnya, ianya hanya merupakan hasil kreativiti photoshop seorang wanita yang dikenali sebagai Sara Shakeel.

Gemar menambah elemen kilauan kristal pada gambar-gambarnya, Sarah yang juga merupakan seorang doktor gigi pernah memenangi anugerah di atas bakatnya itu.
Kami tunjukkan beberapa lagi hasil kreativiti Sara kepada anda seperti di bawah.
Ada juga pengguna Twitter yang secara berseloroh mahukan kristal tersebut untuk gugur di Virgina semasa terbang ke Dulles Airport.
I hope they drop some of them π here in VA en route to IAD. π€ͺ
— Lucifer (@Stewie0424) December 6, 2018
Please donβt show this to @realDonaldTrump @JustSchmeltzer @IrishPatty54 @DantonGeorge1 @Buddhababy10 @AllNightShow @RandomIgnorance pic.twitter.com/NlW5gUa57f
— Mel Asks (@mel_asks) December 6, 2018
fantastic way to say "I AM RICH".
might be way lighter to add bitcoin on the plane?πEmirates Diamond-Encrusted 'Bling' Jumbo is SO Dubai @AlBawabaEnglish https://t.co/kqI55BZ9f3
— Bex500 (@Bex5002) December 13, 2018
Bagi menjawab sama ada pesawat tersebut benar atau tidak, Sara telah memuat naik satu lagi hantaran di laman Instagramnya.
Memang hebat betul teknik yang digunakan Sara ini. Nampak real! Yang masih lagi tertanya-tanya betul atau pun tidak pesawat ini bakal dikeluarkan oleh Emirates Airline, mari sini kami berikan jawapan.
“Sudah tentulah tidak.”
Berapa agaknya harga tiket kalau benarlah syarikat penerbangan Emirates Airlines memperkenalkan pesawat bertatahkan kristal ini. Silap-silap nanti penumpang kikis kristal yang ada di badan pesawat semata-mata nak dijual kembali.
Sumber: Travel and Leisure