Apabila bercakap tentang keindahan pokok bunga Sakura, pasti difikiran semua orang akan terbayang di negara Jepun dan Korea. Sebenarnya, negara paling dekat dengan Malaysia dan tidak memerlukan perjalanan dalam pesawat selama enam ke lapan jam untuk melihat fenomena alam semulajadi ini adalah di Thailand.
Percayalah, untuk melihat bunga sakura indah adalah di Thailand iaitu di Utara Thailand; Chiang Mai dan Chiang Rai kerana dikelilingi dengan suasana tropika Thailand membuatkannya ia lebih indah daripada dari dua negara Timur itu.

Spesis bunga Sakura yang berada di Utara Thailand ini dikenali sebagai pokok Sakura Himalaya liar dan dikenali sebagai ‘Nang Phaya Sua Kroang’ atau Tiger Queens oleh penduduk tempatan. Siapa yang tidak sabar berjalan dengan dikelilingi pokok-pokok Sakura yang merimbun ini seperti drama Jepun, inilah peluang untuk anda ke dua bandar ini.
Waktu terbaik melihat fenomena ini antara pertengahan Disember hingga pertengahan Februari. Ini merupakan beberapa lokasi terbaik untuk melihat dan mengambil gambar kenangan dengan bunga Sakura.
Chiang Mai
Cuaca sejuk di sini akan mencantikkan gambar anda, dengan memakai pakaian musim sejuk berlatarbelakangkan lautan merah jambu pasti buatkan rakan-rakan anda di media sosial berasa cemburu.
1. Khun Chang Khian Highland Agriculture Research Centre

Alamat: Soi Yu Yen 4, Tambon Don Kaeo, Mueang Chiang Mai District, Chang Wat Chiang Mai 50300, Thailand
2. Khun Wang Royal Agricultural Research Centre

Alamat: Mae Win, Mae Wang District, Chiang Mai 50360, Thailand
3. Ang Khang Royal Agricultural Station
Alamat: Fang District, Chiang Mai 50110, Thailand
Chiang Rai
Anda mungkin fikir bandar Chiang Rai berdekatan dengan Chiang Mai, seperti Kuala Lumpur dengan Putrajaya. Sebenarnya tidak kerana jarak kedua-dua destinasi ini sejauh 200km dan Chiang Rai memiliki lebih banyak lokasi bunga Sakura berbanding di Chiang Mai.
Kini anda tidak perlu tukar transit dari Bangkok untuk ke Chiang Rai kerana AirAsia telah menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur.
BACA: AirAsia Tawar Terbang Terus Dari Kuala Lumpur Ke Chiang Rai Bermula RM99
4. Doi Chang

Alamat: Wa Wi, Mae Suai District, Chiang Rai 57180, Thailand
5. Doi Mae Salong
Alamat: Mae Salong Nok, Mae Fa Luang 57110, Thailand
Sepanjang pengembaraan anda untuk menjejaki bunga Sakura di sini, jangan lupa terus berhubung dengan 4G Sim Kad untuk kekal update di Instagram Story anda! Manakala untuk perjalanan yang mudah, gunakan aplikasi Klook untuk menempah kereta di Chiang Mai dan Chiang Rai.
Jangan lupa gunakan aplikasi Klook apabila melawat salah satu bandar bunga Sakura ini untuk penjimatan dan kemudahan dengan lebih mudah!
Sumber: Klook
Canggih dan unik sungguh hotel di China ini, tonton
7 fakta menarik hotel bawah tanah pertama di dunia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
7 Fakta Menarik Hotel Bawah Tanah Pertama Di Dunia
Power betul China ni. Semua benda pelik-pelik boleh kat dia!
Posted by MakanLena on Monday, January 14, 2019