Bersempena dengan Tahun Baharu Cina yang baru sahaja disambut 5 dan 6 Februari lalu, Lost World Of Tambun bakal membuka pintunya secara percuma kepada semua pengunjung pada 19 Februari ini.
Kerajaan Negeri Perak telah memilih lokasi Lost World Of Tambun sebagai lokasi penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri.

Majlis dijangkakan bermula daripada jam 2 petang sehingga 5 petang, manakala pengedaran makanan hanya akan dilakukan pada jam 2 petang sehingga 4 petang sahaja.
Official StatementThe Perak State Government will be organising a state-level Chinese New Year open house on 19th…
Posted by Lost World Of Tambun on Monday, February 11, 2019
Jangan lupa bawa baju mandi dan persalinan sekali ya. Sambil-sambil tengok tarian singa dan persembahan-persembahan lain yang menarik, bolehlah mandi-manda sekali.
Kalau anda ada anak kecil, memang sesuailah untuk datang kerana banyak kawasan menarik yang boleh dilawati seperti:
1. Hippo Kingdom - boleh bermesra bersama rusa, melihat badak air, hyena, emu dan buaya secara dekat.


2. Glamping - bermalam dalam khemah, meneroka dan merasai pengalaman alam semula jadi dengan real.

3. Petting Zoo - berjumpa dan bermesra dengan haiwan-haiwan seperti burung, tapir dan jebon.

Jadi, warga Ipoh dan rakyat Malaysia, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sambil-sambil sambut Tahun Baharu Cina, boleh bawa anak-anak berhibur sekali.
Peminat daging confirm terliur habis ni.
7 Masakan Unik Berasakan Daging Oleh Chef Burak
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
7 Masakan Unik Berasakan Daging Oleh Chef Burak
Allahu hedapheee…. mehitik hair yur nii…
Posted by MakanLena on Tuesday, January 22, 2019