Tidak lengkap juadah masakan tanpa menggunakan bawang. Untuk lebih memudahkan kerja masak memasak di dapur, para ibu lebih gemar mengupas bawang dalam kuantiti yang banyak dan disimpan. Namun, bawang yang dikupas lebih mudah busuk dan tidak tahan lama terutamanya bawang merah.

Bagaimana caranya untuk menangani masalah begini? Kami kongsikan kepada anda petua untuk mengekalkan bawang merah yang telah siap dikupas agar tahan lebih lama.

1. Simpan Bawang Dalam Bekas Tertutup
Bawang yang telah siap dikupas, jangan dibasuh. Terus masukkan ke dalam bekas tertutup dan letakkan di dalam peti sejuk. Bila hendak digunakan, baru dibasuh bersih. Cara ini dapat menjadikan bawang lebih tahan lama lebih kurang 1-2 minggu. Bawang juga tidak akan lembik dan rosak.

2. Kisar Bawang
Selepas dikupas, basuh bersih bawang merah. Kemudian, kisar sehingga hancur dan simpan dalam bekas tertutup. Letakkan di dalam peti sejuk.
Petua yang sangat mudah dan menyelamatkan bawang merah anda daripada cepat busuk. Jika anda mempunyai petua lain boleh kongsikan bersama kami.
Sharing is caring.